MURAM, SEDIH, BOSAN, TAK TENTU ARAH, dan macam-macam lagilah perasaan-perasaan yang menunjukkan KEMURUNGAN SESEORANG.
mengapa kita termenung? mengapa kita selalu berasa bosan, sedih, gundah gelana, tidak sedap hati, dan tidak tenang.
Jawapan bagi persoalan-persoalan ini hanya satu iaitu kita langsung tidak bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T yang kita miliki selama ini. sama ada kita sedar ataupun tidak kita langsung tidak perlu membayar walau satu sen setiap hirupan nafas dan udara yang kita teguk dan nikmati setiap hari. sama ada kita lupa ataupun sengaja melupakannya, kita diberi peluang untuk memulakan satu hari baru setiap hari kita terjaga dari tidur. maknanya satu lagi peluang untuk BERTAUBAT.
jadi,,, mangapa kita kita masih bermenung. jalanilah hari-hari kita seadanya. bersyukur dengan apa yang kita ada. bergembira dengan apa yang kita miliki. berbahagilah dengan diri kita sendiri.
Categories: