tiNtA YaNg TerTuMpaH

Pernah tak melihat kepompong rama-rama? Kepompong adalah salah satu fasa kehidupan rama-rama di mana sebelum menjadi rama-rama ia dikenali sebagai ulat beluncas. Daripada ulat beluncas akan menjadi kepompong seterusnya menjadi rama-rama yang cantik. Ulat beluncas akan membaluti dirinya membentuk kepompong dalam jangkamasa yang tertentu sebelum mengeluarkan dirinya membentuk rama-rama.
    Disini saya ingin berkongsi rahsia mengenai kepompong dan rama-rama…
Pernah suatu ketika seorang saintis melihat kepompong dihalaman rumahnya. Sedang ia melihat kepompong tersebut, tiba-tiba ia seakan-akan bergerak seperti rama-rama akan keluar pada waktu tersebut. Ternyata sangkaan saintis tersebut adalah tepat, rama-rama akan keluar daripada kepompongnya. Saintis melihat kepompong itu dengan penuh khusyuk tanpa kerdipan mata, penuh keterujaan melihat proses kejadian alam yang pastinya jarang dilihat.
Sedang ia melihat proses yang amat hebat tersebut, diperhatikan terdapat kesukaran rama-rama itu keluar untuk daripada kepompongnya yang hanya melalui lubang yang kecil di hujung kepompongnya.. Si rama-rama berusaha keras untuk keluar daripada kepompongnya untuk melihat dunia luar. Agak lama juga untuk Si rama-rama berusaha keras untuk mengeluarkan dirinya daripada kepompong..
Saintis tadi yang melihat dengan penuh tekun, mengambil tindakan drastik dengan menagmbil gunting lalu memotong sedikit kepompong dengan tujuan untuk memudahkan si rama-rama keluar daripada kepompongnya. Akhirnya dengan bantuan saintis tadi, si rama-rama dapat keluar daripada kepompongnya dengan jayanya…
Tetapi sesuatu telah berlaku kepada si rama-rama, ia tidak dapat terbang seperti rama-rama yang lain. Ia hanya mampu merangkak untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Si rama-rama hanya mampu untuk mengembangkan sayapnya tapi tidak mampu untuk terbang! Mengapa hal ini terjadi, saintis tadi bingung memikirkan situasi yang terjadi..
Melihat peristiwa ini akhirnya saintis tadi memahami bahawa proses usaha pergelutan rama-rama keluar dari kepompongnya melalui lubang yang kecil adalah tujuan untuk menguatkan kepaknya untuk terbang. Dalam proses usaha pergelutan tersebut bendalir mampu dipam ke kepak rama-rama dengan sepenuhnya..

Categories:

Leave a Reply